Thursday, May 7, 2009

LAWATAN KE PLANETARIUM KUALA LUMPUR
PESERTA KUIZ ASEAN 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN





Sunday, May 3, 2009

FINAL KUIZ ASEAN 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN

LAWATAN KE PLANETARIUM

DALAM KAPAL SOYUZ

BERSAMA GURU PENGIRING DAN PELAJAR




Wednesday, April 29, 2009

JAMBATAN ANGKASA MENARA BERKEMBAR PETRONAS
PEGAWAI PENGIRING PESERTA KUIZ ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN

ANGKASAPURI


PUSAT KONVESYEN PUTRAJAYA




Thursday, April 23, 2009

'Jangan sampai gigit jari'
Oleh AINUL ASNIERA AHSANainul.ahsan@utusan.com.my
SEPERTI yang dijangka, pelabur kaum Cina di negara ini, tidak akan melepaskan peluang untuk melabur dalam unit amanah yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Pada mereka, tawaran itu merupakan peluang yang amat menarik.
Kelmarin, kesemua 999 juta unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina telah habis dilanggan pada pukul 12.17 tengah hari iaitu satu setengah hari selepas produk itu dibuka untuk dilanggan.
Sambutan hebat di kalangan kaum Cina itu membuktikan betapa tinggi kepercayaan yang diberikan oleh mereka terhadap PNB dalam menguruskan pelaburan. Dan, perlu ditegaskan di sini, PNB merupakan entiti yang dikendali dan diuruskan secara profesional oleh kaum Melayu sepenuhnya.
Malah, tidak menghairankan jika kesemua 3.33 bilion unit ASM yang ditawarkan itu akan habis dilanggan oleh kaum Cina sekiranya tidak dikenakan sistem kuota dan pastinya kaum lain pula bakal gigit jari.
Bagi orang yang tidak pernah melabur dalam produk-produk PNB mesti terfikir apakah keistimewaan dana amanah ASM ini? Jika tidak mengapa setiap kali saiz dana dipertingkatkan, sambutan yang diberikan juga tidak pernah mengecewakan.
Jika ditanya mengapa, jawapannya hanya dua sahaja. Pertama, ASM adalah pelaburan tetap. Kedua, harga beliannya adalah RM1 dan nilai itu tetap tanpa mengikut prestasi pasaran yang tidak menentu akibat krisis kewangan.
Malah pulangan dividennya tidak pernah kurang daripada enam sen serta memiliki kecairan yang tinggi. Simpan hari ini, esok sudah boleh dikeluarkan semula. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan, sekali gus menjadikannya lebih baik berbanding produk-produk lain.
Pada masa yang sama, tidak ramai yang menyedari betapa besarnya risiko yang PNB tanggung semata-mata untuk menggalakkan rakyat Malaysia menabung kerana risiko pelaburan ASM juga tidak kurang tinggi. Ia boleh memilih untuk berpendirian yang lebih jauh konservatif dengan tidak meningkat saiz dana dan membuka pelaburan kepada pihak lain.
Maka, tidak hairanlah kaum Cina yang sememangnya arif dengan dunia pelaburan memberi sambutan yang amat baik kepada tawaran PNB tersebut, melalui peruntukan sebanyak 30 peratus daripada 3.33 bilion unit ASM yang ditawarkan itu.
Seorang pelabur, Tan Poh Juang yang ditemui ketika melanggan unit ASM, mengaku kaum Cina memang sentiasa menantikan peluang untuk menambah pelaburan sedia ada.
"Walaupun ada beribu-ribu produk lain yang ditawarkan oleh syarikat saham amanah di luar sana tetapi daripada segi pulangan, PNB sangat baik, itu adalah realiti,'' katanya.
Dengan kelebihan itu, kita pasti jika ASM dipasarkan di seluruh dunia sekali pun, ia bakal mendapat sambutan yang sama.
Keadaan ini merupakan punca PNB mengenakan had langganan maksimum bagi ASM bagi memastikan penyertaan menyeluruh dari setiap kaum.
PNB sebenarnya merupakan manifestasi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk memastikan kekayaan negara ini dinikmati semua pihak sebaik mungkin tanp a mengira kaum. Sehubungan itu, kuota terpaksa dibuat untuk mengelakkan hanya mereka yang kaya sahaja akan mampu membelinya.
Tindakan firma pelaburan itu membuka pintu pelaburan unit amanah yang dilihat sebelum ini menjadi tunjang dalam memajukan bumiputera terutamanya kaum Melayu menikmati kek ekonomi negara, turut menjadi bukti keikhlasan kerajaan memajukan semua kaum di Malaysia.
Dalam pengagihan ASM, sebanyak 50 peratus diperuntukan kepada kaum bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan selebihnya kaum-kaum lain. Kuota itu berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
Kaum bumiputera, India dan lain-lain kaum perlu menjadikan "kecekapan dan kepantasan" kaum Cina merebut peluang dalam pelaburan khususnya dalam PNB sebagai satu cabaran tersendiri. Ia baik untuk memperbaiki amalan menabung demi masa depan diri sendiri dan generasi mereka pada masa akan datang.
Tiada guna sesuatu kaum tertentu yang begitu sibuk mendesak supaya diberikan kuota lebih besar sedangkan apa diperuntukan kepada mereka belum pun dilanggan sepenuhnya.
Begitupun, permintaan supaya dihapuskan sepenuhnya kuota yang ditetapkan juga tidak boleh dilayan kerana tanpanya, sesetengah kaum tidak akan mampu bersaing dan terlepas untuk membelinya.
Berdasarkan sambutan yang diberikan kepada ASM, tidak mustahil pelabur Cina akan mengambil kesempatan sama untuk merebut langganan ASW 2020 yang akan dijual pada 27 April ini.
Dengan persediaan lebih awal sudah pasti ASW 2020 akan habis dijual dalam tempoh yang lebih singkat. Percayalah.
Memetik kata seorang penganalisis saham tempatan, pelabur bumiputera bukan tidak berminat untuk melabur dalam unit-unit amanah saham lain tetapi mereka masih belum bersedia untuk 'lari' daripada skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana selesa dengan pulangan yang kompetitif.
Meskipun selesa, pelabur bumiputera sebenarnya tidak perlu takut untuk melabur dalam ASM atau unit-unit saham amanah PNB kerana semua sedia maklum dengan kelebihan dan kekuatan produk PNB. Dan dalam tempoh sekarang sepatutnya bumiputera sudah memiliki sekurang-kurangnya dua produk unit amanah.
Kaum bumiputera sangat bernasib baik kerana diberi banyak peluang untuk melabur tetapi persoalannya sejauh mana keberanian mereka untuk melabur dan merebut peluang-peluang terbuka itu?
Yang pasti, kaum bumiputera masih belum 'meneroka' sepenuhnya peluang yang ada kerana sehingga sekarang masih terlalu banyak unit saham amanah yang ditawarkan kepada bumiputera masih belum dilanggan. Baik yang menawarkan harga tetap mahupun harga berubah-ubah.
Bagi kaum India pula, inilah peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti pelaburan kerana tidak ada firma pelaburan lain di negara ini yang memberikan keistimewaan khusus seperti PNB menerusi ASM.
Kegagalan untuk merebut pelbagai peluang yang ditawarkan hanya akan menjadi salah diri sendiri. Kerajaan telahpun berusaha dan memainkan peranan yang sepatutnya untuk memajukan rakyat.
PRA GAWAI 2008 ANJURAN K-BESTARI SALIM



GAMBAR BERSAMA ISTERI DAN ANAK
MY BABY