Wednesday, April 29, 2009

JAMBATAN ANGKASA MENARA BERKEMBAR PETRONAS
PEGAWAI PENGIRING PESERTA KUIZ ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN

ANGKASAPURI


PUSAT KONVESYEN PUTRAJAYA




Thursday, April 23, 2009

'Jangan sampai gigit jari'
Oleh AINUL ASNIERA AHSANainul.ahsan@utusan.com.my
SEPERTI yang dijangka, pelabur kaum Cina di negara ini, tidak akan melepaskan peluang untuk melabur dalam unit amanah yang ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Pada mereka, tawaran itu merupakan peluang yang amat menarik.
Kelmarin, kesemua 999 juta unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina telah habis dilanggan pada pukul 12.17 tengah hari iaitu satu setengah hari selepas produk itu dibuka untuk dilanggan.
Sambutan hebat di kalangan kaum Cina itu membuktikan betapa tinggi kepercayaan yang diberikan oleh mereka terhadap PNB dalam menguruskan pelaburan. Dan, perlu ditegaskan di sini, PNB merupakan entiti yang dikendali dan diuruskan secara profesional oleh kaum Melayu sepenuhnya.
Malah, tidak menghairankan jika kesemua 3.33 bilion unit ASM yang ditawarkan itu akan habis dilanggan oleh kaum Cina sekiranya tidak dikenakan sistem kuota dan pastinya kaum lain pula bakal gigit jari.
Bagi orang yang tidak pernah melabur dalam produk-produk PNB mesti terfikir apakah keistimewaan dana amanah ASM ini? Jika tidak mengapa setiap kali saiz dana dipertingkatkan, sambutan yang diberikan juga tidak pernah mengecewakan.
Jika ditanya mengapa, jawapannya hanya dua sahaja. Pertama, ASM adalah pelaburan tetap. Kedua, harga beliannya adalah RM1 dan nilai itu tetap tanpa mengikut prestasi pasaran yang tidak menentu akibat krisis kewangan.
Malah pulangan dividennya tidak pernah kurang daripada enam sen serta memiliki kecairan yang tinggi. Simpan hari ini, esok sudah boleh dikeluarkan semula. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan, sekali gus menjadikannya lebih baik berbanding produk-produk lain.
Pada masa yang sama, tidak ramai yang menyedari betapa besarnya risiko yang PNB tanggung semata-mata untuk menggalakkan rakyat Malaysia menabung kerana risiko pelaburan ASM juga tidak kurang tinggi. Ia boleh memilih untuk berpendirian yang lebih jauh konservatif dengan tidak meningkat saiz dana dan membuka pelaburan kepada pihak lain.
Maka, tidak hairanlah kaum Cina yang sememangnya arif dengan dunia pelaburan memberi sambutan yang amat baik kepada tawaran PNB tersebut, melalui peruntukan sebanyak 30 peratus daripada 3.33 bilion unit ASM yang ditawarkan itu.
Seorang pelabur, Tan Poh Juang yang ditemui ketika melanggan unit ASM, mengaku kaum Cina memang sentiasa menantikan peluang untuk menambah pelaburan sedia ada.
"Walaupun ada beribu-ribu produk lain yang ditawarkan oleh syarikat saham amanah di luar sana tetapi daripada segi pulangan, PNB sangat baik, itu adalah realiti,'' katanya.
Dengan kelebihan itu, kita pasti jika ASM dipasarkan di seluruh dunia sekali pun, ia bakal mendapat sambutan yang sama.
Keadaan ini merupakan punca PNB mengenakan had langganan maksimum bagi ASM bagi memastikan penyertaan menyeluruh dari setiap kaum.
PNB sebenarnya merupakan manifestasi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk memastikan kekayaan negara ini dinikmati semua pihak sebaik mungkin tanp a mengira kaum. Sehubungan itu, kuota terpaksa dibuat untuk mengelakkan hanya mereka yang kaya sahaja akan mampu membelinya.
Tindakan firma pelaburan itu membuka pintu pelaburan unit amanah yang dilihat sebelum ini menjadi tunjang dalam memajukan bumiputera terutamanya kaum Melayu menikmati kek ekonomi negara, turut menjadi bukti keikhlasan kerajaan memajukan semua kaum di Malaysia.
Dalam pengagihan ASM, sebanyak 50 peratus diperuntukan kepada kaum bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan selebihnya kaum-kaum lain. Kuota itu berdasarkan pecahan kaum di negara ini.
Kaum bumiputera, India dan lain-lain kaum perlu menjadikan "kecekapan dan kepantasan" kaum Cina merebut peluang dalam pelaburan khususnya dalam PNB sebagai satu cabaran tersendiri. Ia baik untuk memperbaiki amalan menabung demi masa depan diri sendiri dan generasi mereka pada masa akan datang.
Tiada guna sesuatu kaum tertentu yang begitu sibuk mendesak supaya diberikan kuota lebih besar sedangkan apa diperuntukan kepada mereka belum pun dilanggan sepenuhnya.
Begitupun, permintaan supaya dihapuskan sepenuhnya kuota yang ditetapkan juga tidak boleh dilayan kerana tanpanya, sesetengah kaum tidak akan mampu bersaing dan terlepas untuk membelinya.
Berdasarkan sambutan yang diberikan kepada ASM, tidak mustahil pelabur Cina akan mengambil kesempatan sama untuk merebut langganan ASW 2020 yang akan dijual pada 27 April ini.
Dengan persediaan lebih awal sudah pasti ASW 2020 akan habis dijual dalam tempoh yang lebih singkat. Percayalah.
Memetik kata seorang penganalisis saham tempatan, pelabur bumiputera bukan tidak berminat untuk melabur dalam unit-unit amanah saham lain tetapi mereka masih belum bersedia untuk 'lari' daripada skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana selesa dengan pulangan yang kompetitif.
Meskipun selesa, pelabur bumiputera sebenarnya tidak perlu takut untuk melabur dalam ASM atau unit-unit saham amanah PNB kerana semua sedia maklum dengan kelebihan dan kekuatan produk PNB. Dan dalam tempoh sekarang sepatutnya bumiputera sudah memiliki sekurang-kurangnya dua produk unit amanah.
Kaum bumiputera sangat bernasib baik kerana diberi banyak peluang untuk melabur tetapi persoalannya sejauh mana keberanian mereka untuk melabur dan merebut peluang-peluang terbuka itu?
Yang pasti, kaum bumiputera masih belum 'meneroka' sepenuhnya peluang yang ada kerana sehingga sekarang masih terlalu banyak unit saham amanah yang ditawarkan kepada bumiputera masih belum dilanggan. Baik yang menawarkan harga tetap mahupun harga berubah-ubah.
Bagi kaum India pula, inilah peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti pelaburan kerana tidak ada firma pelaburan lain di negara ini yang memberikan keistimewaan khusus seperti PNB menerusi ASM.
Kegagalan untuk merebut pelbagai peluang yang ditawarkan hanya akan menjadi salah diri sendiri. Kerajaan telahpun berusaha dan memainkan peranan yang sepatutnya untuk memajukan rakyat.
PRA GAWAI 2008 ANJURAN K-BESTARI SALIM



GAMBAR BERSAMA ISTERI DAN ANAK
MY BABY


Satu Malaysia dalam konteks toleransi beragama
Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID
RENTETAN sejarah panjang menggambarkan bahawa Islam muncul sebagai agama penyelamat bagi sesuatu masyarakat. Islam juga sebagai obor yang menerangi setiap sudut pemikiran masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Islam juga sebagai agama yang mengamalkan prinsip toleransi yang sememangnya diakui oleh penganut agama lain seperti Buddha, Hindu, Shinto, Majusi, Kristian dan Yahudi. Inilah satu hal yang ada dalam sejarah dan peradaban Islam.
Jalinan persaudaraan dan perhubungan antara seorang Muslim dan bukan Muslim sama sekali tidak dilarang oleh Islam, selagi pihak lain menghormati hak-hak orang Islam. Keadaan itu ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berbuat adil (memberikan sebahagian hartamu) kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berlaku adil." (Surah Al-Mumtahanah ayat 8).
Islam turut memberikan ruang yang aktif dalam menghormati dan menghargai prinsip hidup dan keyakinan orang lain. Aktif dan sentiasa bersedia untuk mencari titik persamaan antara bermacam-macam perbezaan. Bahkan Islam bersedia bersatu dalam perbezaan tersebut.
Kebebasan beragama sememangnya tidak dihalang oleh Islam dan menjadi hak setiap orang. Cuma yang berbeza ialah Islam tidak memberikan ruang kepada umatnya untuk menukar agama kerana agama Islam itu sendiri telah dianggap lengkap dan sempurna.
Ini membuktikan bahawa sistem masyarakat dalam Islam adalah amat terbuka dan dapat diterima oleh semua bangsa dan agama.
Islam juga tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk membuat pilihan sendiri berdasarkan keyakinan dan kepercayaan masing-masing. Islam juga tidak menghalang agama lain berkembang bersama-sama berdasarkan prinsip dan etika tertentu seperti yang diamalkan oleh Rasullullah SAW melalui Piagam Madinah.
Justeru tidak kurang daripada 12 fasal dalam Piagam Madinah yang mengatur kehidupan bersama dengan umat Yahudi iaitu fasal 24 dan 25 serta fasal 27 hingga 35. Piagam tersebut dikembangkan lagi dengan peraturan hidup bersama dengan umat Nasrani iaitu fasal 25 hingga 35.
Demikian juga dengan pencapaian dan kecemerlangan Cardoba, Andalusia dalam pelbagai bidang kerana Islam, Yahudi dan Nasrani dapat "tidur sebantal".
Puncak dari toleransi terhadap orang yang berbeza agama seperti yang ditegaskan oleh al-Qur'an adalah ketika mewajibkan kita untuk berlaku adil terhadap seluruh manusia. Baik orang yang dicintai, dibenci, jauh, dekat, beriman atau kufur. Prinsip ini jugalah yang menjadi tunjang kepada pembentukan Rukun Negara yang menyanjung tinggi keyakinan kepada Tuhan, asalkan tidak melanggar institusi-institusi yang ditetapkan (menghormati undang-undang, raja, negara, tatasusila dan amalan budaya).
Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum inilah telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara contoh tentang penyatuan kaum. Perpaduan antara kaum dilambangkan melalui institusi raja, yang dianggap sebagai payung pentadbiran negara.
Hak dan prinsip ini terus dikekalkan walaupun akhir-akhir ini terdapat usaha untuk merungkaikan nilai-nilai kemasyarakatan rakyat Malaysia. Berdasarkan situasi ini, beberapa peringatan daripada pelbagai pihak yang cintakan kedamaian meminta supaya setiap perbezaan tidak terjerumus ke kancah permusuhan.
Ia harus dilihat sebagai cabaran untuk merapatkan jurang perbezaan bagi meneruskan agenda pembinaan negara bangsa ataupun bangsa Malaysia.
Bangsa Malaysia bukan bermakna bercirikan khusus kepada fizikal, ia berbentuk kesatuan dalam pemikiran, tindakan dan psikologi. Saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam setiap aspek. Seperti yang dijelaskan: "apabila melihat satu kemalangan berlaku, apakah kita akan bertanyakan mangsanya Melayu, Cina atau India?" Jawapannya tidak. Kita perlu menghulurkan bantuan dan melupakan sempadan kaum dan agama. Kita membantu atas dasar kemanusiaan, satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.
Penegasan mengenai Satu Malaysia misalnya memberikan kita satu semangat baru dalam menempuh dugaan mengharungi kegelojohan globalisasi dan serangan liberalisasi.
Kita perlu menghayati apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Titahnya: "Rakyat perlu diinsafkan supaya jangan cepat membuang pelita kerana riang melihatkan fajar yang akan menyingsing kerana siang hari juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba."
Oleh itu, kita tidak perlu menolak sesuatu sistem yang telah sekian lama memberikan kita faedah secara keseluruhan. Jika ia mempunyai kelemahan, kita mesti bersama-sama membaikinya. Kita perlu memenuhi tuntutan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi.
Kita tinggalkan perbezaan yang boleh meruntuhkan sistem yang telah banyak membantu menjadikan kita kuat. Kita singkirkan pihak-pihak yang cuba meruntuhkan nilai hidup dan budaya masyarakat Malaysia ini.
PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan YADIM
TSS - jangkitan dalam darah
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my
Dr. Bervery Whipple menunjukkan cara memasukkan instead softcup, alat penadah haid atau gegelung instead.
DI Malaysia, sindrom kejutan toksin (toxic shock syndrome - TSS) jarang berlaku berbanding Amerika. TSS sering dikaitkan sebagai jangkitan dalam darah khususnya bagi mereka yang kerap menggunakan tampon berdaya penyerapan tinggi ketika haid.
Darah haid sebenarnya datang daripada lapisan tisu yang mengalas dinding rahim dipanggil endometrium.
Bagi wanita negara ini, penggunaan tampon tidak popular dan bukan menjadi kebiasaan ketika datang haid. Kebiasaannya, golongan ini memilih tuala wanita yang dianggap sesuai dengan budaya Asia dan mudah dibasuh. Di Amerika, kira-kira 70 peratus wanita menggunakan tampon atau tuala wanita dan menyebabkan kes TSS banyak berlaku di negara itu.
Setiausaha Persatuan Kesihatan Seksualiti Sedunia, Dr Bervery Whipple, memberitahu TSS memang kes yang kerap berlaku di Amerika, namun jumlah itu semakin menurun sejak kebelakangan ini.
Misalnya, pada 1980, 814 kes TSS dilaporkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika (CDC), berbanding hanya lima kes TSS dilaporkan pada 1997.
TSS dihasilkan kerana toksin terhasil oleh bakteria dalam faraj kita.
"Tidak dinafikan kebanyakan kes TSS dikaitkan dengan penggunaan tampon ketika haid tetapi tiada bukti mengaitkan TSS dengan tampon. Namun, ramai pakar percaya, tampon menyebabkan TSS kerana ia memiliki daya penyerapan yang tinggi hingga menyebabkan jangkitan dalam darah haid. Selain itu, ia dapat menyerap darah dengan cepat hingga menyebabkan kekeringan vagina," katanya pada majlis pelancaran Instead Softcup, alat penadah haid atau gegelung instead.
Dalam pada itu, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Abd Aziz Yahya, memberitahu, walaupun TSS boleh terjadi pada lelaki dan kanak-kanak, ia lebih kerap menyerang wanita datang haid yang menggunakan tampon.
"Kajian populasi merumuskan risiko TSS dikaitkan dengan daya penyerapan tampon. Lebih tinggi kadar penyerapannya lebih tinggi risiko TSS. Ini kerana wanita sering menggunakan tampon dalam tempoh yang lama. Justeru, tampon perlu ditukar setiap tiga hingga empat jam (sama seperti tuala wanita) untuk mengelak masalah," katanya.
Selain tampon, Amerika turut memperkenalkan sejenis pelapik haid berbentuk cawan yang menadah di pintu vagina. Ia dinamakan instead, seakan cawan yang diperbuat daripada material bebas alahan bukan lateks dan dimasukkan hingga ke pintu vagina. Instead dipakai di dalam, bukan di luar seperti tuala wanita.
Kejayaan instead dipasarkan di Amerika membawa kepada pengenalannya di Malaysia, baru-baru ini. Berbanding tuala wanita biasa, instead boleh bertahan selama 12 jam tanpa perlu ditukar.
Jika tuala wanita bertindak menyerap darah kotor, instead pula menadah atau menakung darah haid. Mungkin ramai wanita yang terfikir jumlah darah haid boleh mencapai hingga dua cawan tetapi sebenarnya ia sekitar dua hingga enam sudu teh saja.
Secara purata kuantiti darah haid antara 30 hingga 40 mililiter atau dua hingga empat sudu makan saja.
Pemakaian instead seharusnya tidak terasa dan selesa. Ia digunakan dengan cara dimasukkan hingga ke pintu rahim dan gegelungnya akan bertindak seperti cawan menadah di permukaan pintu rahim.
Wanita hanya perlu menolak lebih dalam menggunakan jari tangan sekiranya dapat merasai instead tersebut di dalam faraj.
Pemakaian instead lebih mudah dan ringkas kerana anda tidak perlu membasuhnya sebaliknya hanya membiarkan tisu menyerap darah kotor dan membuangnya atau dengan hanya membuang terus darah kotor yang terkumpul.
Ia juga tidak mendatangkan bau hanyir seperti yang biasa dialami sesetengah wanita yang datang bulan.
Namun, wanita yang baru bersalin, keguguran atau baru menjalani pembedahan akibat masalah perbidanan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum menggunakan alat ini.
Hal yang sama perlu dilakukan bagi wanita yang ingin menjaga dara kerana instead boleh menyebabkan selaput dara wanita terkoyak.
Kitaran haid
Haid merupakan satu proses bulanan yang normal. Purata kitaran haid berlangsung dalam tempoh 28 hari.
Walau bagaimanapun, kitaran yang normal mungkin berlangsung di antara 21 hingga 35 hari. Semasa kitaran ini, ovari mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron.
Hari pertama kitaran adalah hari pertama haid bulanan datang. Pada hari kelima, dinding dalaman rahim di bawah pengaruh hormon estrogen, mula dibentuk sebagai persediaan untuk mengandung.
Pada hari ke-14, telur akan dikeluarkan oleh salah satu dari ovari, ini dipanggil ovulasi. Selepas ovulasi, paras progesteron meningkat. Seandainya telur tidak disenyawakan oleh sperma, paras progesteron akan jatuh.
Ini akan memaklumkan pada dinding dalaman rahim yang kesediaan untuk menerima hasil persenyawaan tidak akan berlaku dan seterusnya penanggalan lapisan yang dinamakan darah haid, berlaku pada hari ke- 28.
Penanggalan lapisan ini (haid) menandakan permulaan kitaran haid bulanan yang baru.
Sejarah
Wanita zaman dulu menggunakan tuala atau kain yang boleh dicuci dan digunakan semula untuk menghalang darah haid terkena pakaian.
Tuala wanita pakai buang yang pertama dicipta pada 1890 di Jerman.
Hanya menjelang 1927 baru tuala pakai buang dihasilkan, diikuti tampon pada yang diperkenalkan secara komersial pada 1933.
Tuala